Back to photo list

Muzium Kraftangan

Muzium Kraftangan
The picture above is taken automatically from flickr.com, if there is something related to the picture please visit and contact flickr.com
Muzium Kraftangan (Balai Getam Guri) terletak dalam Kornpleks Kampung Kraftangan. Bangunan muzium ini adalah sebahagian daripada bangunan Kampung Kraftangan yang diperuntukan kepada Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan dijadikan Muzium Kraftangan. Tapak bangunan asalnya kepunyaan Duli Yang Maha Mulia, AI- Sultan Kelantan. Kawasan ini dahulunya dipenuhi dengan rumah-rumah setinggan kemudian dibersihkan untuk dijadikan taman permainan kanak-kanak. Bangunan ini telah dibina pada 9 Mac 1991 dan kemudiannya dikenali sebagai Kampung Kraftangan. muzium yang menempatkan Seni Kraftangan Kelantan yang terkenal, antaranya mengandungi anyaman yang beraneka jenis, berbagai corak batik dan begitu juga dengan sulaman dan tenunan songket. Kemudahan kepada penyelidik untuk mengkaji kesenian kraftangan tradisi dan warisan budaya Kelantan. Bangunan ini menonjol keistimewaanya dari segi rekabentuk tradisi dengan menggunakan ukiran-ukiran bunga tempatan. Bahan-bahan mentah pula boleh dikatakan keseluruhannya dari negeri Kelantan sendiri seperti buluh, kayu, atap dan lain-lain lagi.
Date: 2017-10-22 01:24:47




Visit : Indonesia-Product.com

Comments

No comment found!

Members of Indonesia-Product.com | Partnered with Indonesia-Export.com
Powered by IndonesiaCommerce.com | Promoted by IndonesiaWebPromotion.com


Visit Archipelago Country, A Tropical Paradise In The World : EastJava.com and Indonesia-Tourism.com