Back to photo list

PASAR SITI KHADIJAH DI JALAN BULUH KUBU, KOTA BHARU KELANTAN.

PASAR SITI KHADIJAH DI JALAN BULUH KUBU, KOTA BHARU KELANTAN.
The picture above is taken automatically from flickr.com, if there is something related to the picture please visit and contact flickr.com
Pasar Besar Buluh Kubu merupakan nama asal bagi Pasar Siti Khadijah sebelum ditukar oleh Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa memandangkan rata-rata peniaga yang berniaga di situ merupakan kaum wanita.

Pasar ini berbentuk segi lapan dan mempunyai lapan tingkat. Di tingkat satu, pasar ini menyediakan pelbagai variasi makanan kering seperti dodo, kerepek, makanan segera, kuih-muih, alatan dapur, rempah ratus, barangan plastik, ikan kering, keropok pelbagai jenis dan sebagainya. Perkara yang menarik adalah terdapat pelbagai jenis jenama keropok yang popular seperti cap ikan parang, cap dua tambang, cap ikan mas dan keropok sira cap juara yang masing-masing menawarkan kualiti keropok yang berbeza. Begitu juga dengan kuih muih yang terdapat di Pasar Siti Khadijah yang menawarkan pelbagai jenis kuih muih warisan kelantan seperti akok, puteri mandi, badak berendam, tepung pelita dan banyak.

Selain itu, di tingkat dua dan tiga mungkin tingkat yang paling disukai oleh golongan wanita kerana para peniaga banyak menjual barangan seperti kain songket, kain pelikat, blouse, kain sembahyang, kain ela, tudung bawal, shawl, T-shirt, kraftangan, beg, kasut, barang tembaga, alat solek, pewarna tikar, dan permainan kanak-kanak. Dengan harga yang berpatutan dan pilihan yang banyak, sudah semestinya boleh dianggap sebagai syurga membeli belah oleh para wanita.

Di samping itu, di tingkat paling atas terdapat gerai-gerai makan. Sekiranya pengunjung beras lapar ketika sedang membeli belah di dalam Pasar Siti Khadijah mereka boleh terus naik ke tingkat atas untuk menikmati hidangan makanan kerana terdapat banyak gerai makanan yang menawarkan pelbagai jenis hidangan. Bukan itu sahaja, terdapat juga masjid bersebelahan dengan pasar tersebut bagi memudahkan umat islam untuk menunaikan solat.
Date: 2017-10-22 07:14:01




Visit : Indonesia-Product.com

Comments

No comment found!

Members of Indonesia-Product.com | Partnered with Indonesia-Export.com
Powered by IndonesiaCommerce.com | Promoted by IndonesiaWebPromotion.com


Visit Archipelago Country, A Tropical Paradise In The World : EastJava.com and Indonesia-Tourism.com